Assalamualaikum Alhamdulillah, selesai program Di UPNM tajuk Hatiku MilikMu.. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat, ampa semua memang Segak bergaya lagi sempoi. Hehehe Jazakumullah juga buat Ustazah Laila dan IMAM Muda Asyraf dengan perkongsian ilmu, walau Imam Muda Asyraf moderator tapi Macam panel pun ada. Hebat ust. Dan Tadi ada yang bertanya ttg cinta ibu bapa. Ija nak kongsikan, Dan Ija sangat bersyukuuur hanya Allah sahaja dapat membalas kedua ibu bapa kita. Rutin harian Ija pada, dari pagi Sampai tgh malam, apabila Ija pulang ke rumah, memang dah lewat, semua dah tidur, namun Mama Ija bila Ija pulang ke rumah Mama boleh terjaga, hanya utk bertanya. 'dah balik? Semua ok?' Allahu Akbar, kita kalau dah tidoq tak sedar apa dah, tapi ibu MasyaAllah, kasih sayang ibu, kita melangkah masuk perlahan lahan pun ibu boleh dengar, Betapa sayangnya kasih ibu itu. Dan apabila Ija masuk ke dalam bilik, Allahu Akbar Mama Ija sediakan makanan, kerana khuatir anaknya belum makan lagi. Mama sanggup prepare makanan Sampai letak kan dalam bilik:'), MasyaAllah... Mungkin terdetik Di hati kalian, kenapa tak letak Di dapur sahaja? Sebab Ija tak mahu ganggu keluarga yang sedang tidur, ija khuatir cahaya lampu dan bunyi akan mengejutkan mereka. Namun Mama begitu creative sekali, tidak mahu anaknya kelaparan,Mama letakka, dalam bilik. Allah..... Semoga Allah mengganjari Mama Abah dan seluruh keluarga Syurga Tertinggi tanpa hisab. Mama melakukan ini semua hampir setiap hari. Mama, Terima kasih Mama... Mama adalah ibu terbaik dalam dunia. Tiada galang gantinya, sentiasa berkorban untuk keluarga. Moga Allah senantiasa merahmati Mama dan Abah... Abah juga ada KISAH tersendiri, berkorban untuk anak anaknya.. Besar sangat PENGORBANAN kalian. Semoga kami anak anakMu benar benar menjadi anak soleh dan solehah. Mohon doa yang terbaik dari kalian ya......... :')................. Allah..... :')